BANDINGAN

    Maksud peribahasa ini dinyatakan dengan jelas dengan   
    membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Bandingan
Maksud
Ayat Contoh
adil macam hakim
sangat adil
Ayah seorang yang adil macam hakim dalam mendidik anak-anaknya.
angkuh macam merak
sombong
Halimah angkuh macam merak kerana keayuan wajahnya.
berat seperti batu
sangat berat
Fahmi tidak berdaya mengangkat adiknya kerana dia berat seperti batu.
bebas macam burung
terlalu bebas
Kehidupan Zakiah bebas macam burung.
cepat seperti kilat
sangat cepat
Adik berlari cepat seperti kilat semasa hari sukan sekolahnya.
cerdik macam kancil
sangat cerdik
Mak Munah dan Pak Leman bertuah mendapat anak yang cerdik macam kancil.
diam seperti tunggul
pendiam
Sejak tadi pemuda itu tidak bercakap, dia hanya diam seperti tunggul.
deras macam ribut
sangat laju
Penunggang motosikal itu menunggang dengan deras macam ribut.
gelap macam malam
sangat gelap
Suasana di dalam gua itu gelap macam malam.
gebu macam kapas
sangat gebu
Pipi bayi itu gebu macam kapas dan disukai ramai orang.
gemuk seperti badak
sangat gemuk
Badan Nasir gemuk seperti badak.

8 ulasan:

Ruang sembang