A. Bina ayat berpandukan perkataan yang diberi untuk menunjukkan
perbezaan dari segi maknanya.
contoh:
(a) baik - sembuh : Keadaan ayah di hospital sudah semakin baik.
(b) baik - kelakuan : Orang yang baik sudah pasti disenangi orang lain.
1. (a) berat - timbangan
(b) berat - susah
2. (a) besar - saiz
(b) besar - sudah dewasa
3. (a) hangat - panas
(b) hangat - meriah
4. (a) haus - dahaga
(b) haus - terhakis
5. (a) jalan - laluan
(b) jalan - ikhtiar
B. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1. I Kuih yang oleh ibu terlalu manis
II Sungguh manis raut wajah anak gadis Pak Uda itu.
III Manis sungguh hati budi wanita itu.
IV Tidak manis bagi anak perempuan keluar berjalan seorang diri.
A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
______________________________________________________________
2. I Murid perempuan itu ditegur kerana memakai pakaian yang agak jarang.
II Kamal jarang tidur di waktu petang.
III Ayah selalu minum air jarang sebelum tidur.
IV Pokok ciku di tepi perigi itu berbuah jarang.
A I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
______________________________________________________________
3. I Mata adik Gunasegaran merah kerana dimasuki habuk.
II Pasukan Merah mendapat satu mata dalam perlawanan itu.
III Mata parang itu sungguh tajam kerana baru sahaja diasah.
IV Mata pendapatannya merosot semenjak kegawatan ekonomi melanda negara.
A I dan III sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja
______________________________________________________________
4. I Hong mengetuk tiang pagar itu sehingga terbenam sebahagian ke dalam tanah.
II Kami selalu ke pantai itu untuk melihat matahari terbenam.
III Hatinya terbenam apabila sering dicaci dan dimaki oleh orang ramai.
IV Kepala budak itu kelihatan terbenam sedikit apabila namanya dipanggil oleh
cikgu.
A I dan II sahaja C II dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV sahaja
______________________________________________________________
5. I Orang yang singkat fikiran biasanya akan bertindak secara membuta tuli.
II Kain batik yang dipakai oleh wanita itu agak singkat.
III Tiada jalan singkat untuk berjaya, sebaliknya kita perlu gigih berusaha.
IV Hazlin mengambil masa yang singkat sahaja untuk menjawab soalan-soalan itu.
A I dan II sahaja C II dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II, III dan IV sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan