SIMPULAN BAHASA

  Peribahasa yang paling mudah dan ringkas. Biasanya, 
  simpulan bahasa terdiri daripada dua patah perkataan.

Simpulan Bahasa
Maksud
Ayat Contoh
ada hati
ada keinginan yang melebihi kesanggupan
Walaupun berpendapatan kecil, tetapi dia ada hati hendak memiliki kereta mewah.
anak emas
anak yang disayangi oleh ibu bapa
Afzan pekerja yang rajin.Tidak hairanlah dia menjadi anak emas majikannya.
berat hati
tidak suka melakukan
Kami berat hati hendak meninggalkan ibu seorang diri di kampung.
bertikam lidah
bertengkar
Mereka sering bertikam lidah tentang politik.
cakar ayam
tulisan yang buruk
Tulisan Syima yang buruk seperti cakar ayam itu amat sukar dibaca.
campur tangan
turut serta dalam urusan orang lain
Ayah memarahi kami kerana campur tangan dalam masalah keluarga Pak Long.
durian runtuh
mendapat keuntungan dengan tiba-tiba
Kami mendapat durian runtuh apabila menerima bonus tiga bulan gaji.
gelap mata
hilang pertimbangan
Wang sogokan itu telah menyebabkan pengurus itu gelap mata.
gaji buta
gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh.
Pengurus itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia diumpamakan menerima gaji buta.
hilang akal
tidak tahu akan apa-apa yang hendak dilakukan.
Puan Lim seperti hilang akal apabila melihat rumahnya dijilat api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ruang sembang