perbandingan, ia membandingkan sesuatu dengan
apa-apa yang ada disekeliling kita dan biasanya
mempunyai maksud yang berlainan daripada kelompok
kata yang membentuknya.
Berikut adalah contoh perumpamaan dan maksudnya:
Perumpamaan
|
Maksud
|
Seperti
abu di atas tunggul
|
Kedudukan
atau pekerjaan yang tidak tetap; boleh disingkirkan pada bila-bila masa
|
Ibarat
air di dalam kolam
|
Orang
yang tenang sikap dan tingkah lakunya
|
Bagai
anak ayam kehilangan ibunya
|
Mengalami
kesusahan kerana kehilangan ketua atau pemimpin
|
Seperti
anjing dengan kucing
|
Selalu
bertengkar
|
Bagai
aur dengan tebing
|
Hidup
bermuafakat dan tolong menolong
|
Ibarat
bertepuk sebelah tangan
|
Kasih
atau cinta yang tidak berbalas
|
Bagai
bulan dipagar bintang
|
Kecantikan
gadis yang tiada tandingnya
|
Seperti
bunga sedap dipakai, layu dibuang
|
Sayang
ketika disukai, apabila sudah bosan ditinggalkan
|
Ibarat
cacing kepanasan
|
Tidak
tenang dan selalu gelisah
|
Bagai
dihiris dengan sembilu
|
Hati
yang berasa sangat pedih
|
Seperti
gajah masuk kampung
|
Orang
yang berkuasa yang dapat berbuat sesuka hati terhadap orang yang lemah
|
Bagai
halilintar membelah bumi
|
Bunyi
yang sangat kuat
|
Seperti
ikan dalam belat
|
Berasak-asak
/ tempat yang sesak
|
Seperti
kera mendapat bunga
|
Orang
yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
|
Umpama
melepaskan anjing tersepit
|
Menolong
orang yang tidak tahu membalas budi
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan