Rangkaian perkataannya berkerat-kerat atau berkait-kait.
Biasanya, terdapat pengulangan kata dalam pepatah untuk
memberikan penegasan. Contohnya: ada gula, ada semut
Pepatah mengandungi unsur nasihat dan pengajaran
serta dapat memberikan dorongan dan kata-kata semangat
kepada pengucap atau pendengarnya.
Berikut adalah contoh pepatah dan maksudnya:
Pepatah
|
Maksud
|
ada
air ada ikan
|
rezeki
ada di mana-mana
|
ada
padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
|
sekiranya
ada wang apa sahaja perkara yang diinginkan dapat dilakukan dengan sempurna
|
akal
tidak sekali datang, fikiran tidak sekali tiba
|
sesuatu
itu tidak selesai sekali gus, sebaliknya beransur-ansur
|
anak
kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah mati kelaparan
|
mengutamakan
kebajikan orang lain sehingga kebajikan keluarga sendiri diabaikan
|
banyak
udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
|
setiap
individu mempunyai sikap, perangai, karenah, cita rasa dan kehendak yang
berbeza-beza
|
berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian
|
biar
bersusah dahulu untuk mendapat kesenangan di kemudian hari
|
cakap
siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
|
seseorang
itu perlu berhati-hati apabila berbicara mengenai sesuatu perkara
|
carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum jua
|
persengketaan
antara adik-beradik atau keluarga tidak akan berkekal lama, akhirnya akan
berbaik-baik semula
|
di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan
|
seseorang
yang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya akan
tercapai jua
|
enggang
sama enggang, pipit sama pipit
|
seseorang
yang hanya bergaul dengan orang yang setaraf dengan mereka
|
gajah
sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
|
pemerintah
sama pemerintah berperang, rakyat yang menanggung penderitaan
|
hancur
badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua
|
seseorang
yang membuat bakti dan jasa akan sentiasa dikenang walaupun telah meniggal
dunia
|
harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
|
insan
yang banyak berbakti dan membuat jasa akan sentiasa dikenang
|
ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis
|
seseorang
hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menghadapi dugaan hidup sebelum ditimpa
kesusahan
|
kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang
|
orang
miskin yang harus bekerja setiap masa untuk menyara hidup
|
lain
padang lain belalang
|
sesebuah
negara mempunyai adat dan budaya yang berbeza-beza
|
lepas
dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya
|
ditimpa
kesusahan lain setelah terlepas dari satu kesusahan
|
paku
dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
|
selalu
mengatakan kesalahan orang lain, padahal kesalahan sendiri tidak disedari
|
sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna
|
hendaklah
berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu tindakan agar tidak
menyesal di kemudian hari
|
tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
sesuatu
yang tetap seperti asal dan tidak berubah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan