LATIHAN - PEPATAH

A. Pilih jawapan yang paling sesuai

    1. Segala nasihat yang diberikan oleh Cikgu Zaidi tidak diendahkannya.
        A  Pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri              
        B  Harapkan pagar, pagar makan padi
        C  Alah sabung menang sorak

        D  Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
_____________________________________________________________________
    2. Karangan Amirul telah mendapat pujian menggunung daripada cikgu  
        padahal Anislah yang mengarangnya.
        A  Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas              
        B  Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama
        C  Lembu punya susu, sapi dapat nama

        D  Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
_____________________________________________________________________
    3. Sepanjang usia mudanya Encik Yahya merantau di negara orang. Apabila
        sudah tua dia kembali ke kampung halamannya.

        A  Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau              
        B  Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
        C  Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

        D  Laut mana tidak berombak, bumi mana tidak ditimpa hujan
_____________________________________________________________________
    4. Berhati-hatilah dengan apa yang akan kamu tuturkan kerana mungkin
        ada orang yang akan tersinggung atau berkecil hati
.
        A  Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang              
        B  Orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang kena getah
        C  Genggam bara api biar sampai menjadi arang

        D  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
_____________________________________________________________________
    5. Faridah tidak jadi melabur dalam skim cepat kaya itu kerana dia bimbang 
        wangnya akan lesap begitu sahaja.
        A  Masuk telinga kana, keluar telinga kiri              
        B  Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
        C  Niat hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

        D  Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
_____________________________________________________________________
    6. Kenapa pula saya dituduh? Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
        A  Penyu bertelur beratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh          
        B  Lepas dari mulut harimau, masuk mulut buaya
        C  Orang lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getah

        D  Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ruang sembang