LATIHAN - BIDALAN

A. Pilih bidalan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah.

Bidalan

·       membuka pekung di dada
·       pukul anak sindir menantu
·       biar lambat asal selamat
·       marahkan nyamuk kelambu dibakar
·       alah bias tegal biasa
·       jauh panggang dari api
·       orang mengantuk disarungkan bantal
·       malas berdayung perahu hanyut
·       hilang di mata, di hati jangan
·       lempar batu sembunyi tangan

1.  Cubalah dahulu. Apabila kamu sudah biasa nanti, kamu akan berasa senang.
     __________________________________________
2.  Pandulah kereta dengan berhati-hati. Walaupun lambat, kamu tetap akan sampai.
     __________________________________________
3.  Walaupun Amri sudah menetap di Kuala Lumpur, Alliyah masih ingat akannya
     dan sering bertanya khabar.
     __________________________________________
4.  Ani sungguh gembira apabila datuknya membelikan sebuah komputer untuknya
     kerana sememangnya dia mengingini sebuah komputer.
     __________________________________________
5.  Kita tidak akan dapat mencapai apa-apa yang kita ingini sekiranya kita tidak mahu
     berusaha.
     __________________________________________
6.  Jawapan yang diberikan oleh peserta kuiz itu tidak ada kaitan lansung dengan
     soalan yang dikemukakan kepadanya.
     __________________________________________


B. Pilih jawapan yang paling sesuai.


    1. Ibu mendidik kami dengan sempurna sejak kecil lagi.
        A  Lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa yang tahu
        B  Pukul anak sindir menantu

        C  Melentur buluh biar dari rebungnya
        D  Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
__________________________________________________________________

    2. Pemimpin baru  itu juga mempunyai kewibawaan dan ketokohan seperti
        pemimpin yang sebelumnya.

        A  Benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau
        B  Patah tumbuh hilang berganti

        C  Bertemu buku dengan ruas
        D  Lautan dalam dapat diduga, hati manusia siapa yang tahu
__________________________________________________________________
    3. Oleh sebab terlalu marah akan anaknya yang pulang lewat, Encik Zakri
        telah menghempas sebuah kipas di ruang tamu.

        A  Marahkan nyamuk kelambu dibakar
        B  Mati semut kerana gula

        C  Sarang tebuan jangan dijolok
        D  Biar titik jangan tumpah
__________________________________________________________________
    4. Tindakan Datin Suliza memberi bantuan kepada bantuan itu tidak    
        mendatangkan apa-apa manfaat kerana dia memang malas berusaha.
        A  Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
        B  Beri betis hendak peha

        C  Belum duduk sudah berlunjur
        D  Mencurahkan garam ke laut
__________________________________________________________________
    5. Fahmi berasa amat kecewa kerana Sabrina menolak lamarannya.
        A  Bertemu buku dengan ruas
        B  Lempar batu sembunyi tangan

        C  Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
        D  Patah tumbuh hilang berganti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ruang sembang