merak
|
cermin
|
mayang
|
singa
|
getah
|
lautan
|
bendul
|
pendita
|
bunga
|
kunyit
|
1. Walaupun dia garang seperti _____________ tetapi hatinya baik.
2. Imran tidak mempunyai banyak kawan kerana dia sombong
seperti ______________.
3. Walaupun telah direbus hampir sejam, daging itu masih liat
seperti ______________.
4. Sawah milik Pak Murad sungguh luas seperti _____________.
5. Perempuan yang lurus seperti ____________ itu sering dipermain-mainkan
oleh rakannya.
6. Syafiqah memotong rambutnya yang ikal seperti ____________
itu semalam.
B. Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Ramli tidak terangkat beg yang ____________ seperti batu itu.
A berat C kasar
B besar D kesat
________________________________________________________________
2. Suasana di dalam bilik itu sungguh ___________ seperti pasar.
A busuk C ramai
B gelora D bising
________________________________________________________________
3. Saya tidak suka pemerintah yang ___________ seperti firaun.
A ganas C zalim
B garang D dahsyat
________________________________________________________________
4. Suasana di dalam perpustakaan itu sungguh ___________ seperti
tasik.
A tenang C senyap
B diam D hening
________________________________________________________________
5. Nora tidak suka makan ubat itu kerana rasanya pahit seperti __________.
A jadam C akar kayu
B hempedu D kopi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan